top of page
Sale Branding
Search

APA ITU KERJAYA ?

  • Oct 15, 2023
  • 1 min read
  • Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan / kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu.


  • Juhairy Haji Ali (2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu.


  • Mohd Fadzil Che’ Din (2001) menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya

 
 
 

Comments


Worker with Ladder

01

SEJARAH KAUNSELING KERJAYA

  • bermula dari revolusi perindustrian

  • Kebangkitan era perindustiran pada tahun 1800 banyak mengubah persekitaran

  •  Manusia bertumpu di bandar

  •  Imigrasi

  • Pertumbuhan dan banyak tumpuan di bandar

  • Individu hilang identiti

  • Lahirnya pergerakan untuk memperbetulkan keadaan dan kehidupan memperbaiki kualiti kehidupan

02

PENGKAJI TENTANG PERBEZAAN MANUSIA

  • Reaksi hasil daripada kepadatan dan keadaan kehidupan hasil daripada revolusi tersebut.

  • Di mulakan oleh Francis Galton (England, 1874)

  • Pada tahun 1879, Wilhelm Wunt menubuhkan makmal eksprimen di Leipzig, German untuk mengkaji tingkahlaku manusia

Balls

APA BEZA KAUNSELING KERJAYA & BIMBINGAN KERJAYA ?

KAUNSELING KERJAYA

  • Salah satu perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor dalam program bimbingan dan pendidikan kerjaya yang dibina untuk menyediakan pelajar membuat pilihan kerjaya

  • Kaunseling kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu- individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan (Brown & Brook,1986)

  • Dalam memilih kerjaya yang tepat, trait-trait diri individu perlu dikenal pasti dan turut mengkaji kerjaya yang sesuai dengan trait-trait itu.

  • Kaunseling kerjaya juga dipengaruhi isu-isu keluarga, peribadi dan emosi.

  • Proses kaunseling kerjaya adalah sepanjang hayat.

BIMBINGAN KERJAYA

  • Bimbingan kerjaya lebih bersifat pemberian maklumat tentang kerjaya

  • Bimbingan kerjaya merupakan sebahagian daripada program bimbingan yang direka untuk menolong pelajar di dalam perkembangan kerjaya dan kaunseling kerjaya membabitkan sebahagian daripada program bimbingan yang melibatkan kaunseling kepada pelajar berkaitan perkembangan kerjaya.

  • Meliputi perkhidmatan dan aktiviti berkaitan dengan program kaunseling dan pendidikan kerjaya meliputi aktiviti pemilihan pekerjaan, perancangan kerjaya, persediaan, dan penempatan.

JOM KITA BELAJAR !

bottom of page